Kepada yang berminat untuk mempelajari bahasa Cina (kepada yang bukan berbangsa cina), bolehlah mengikutinya di sini. Bahasa Cina ini telah saya pelajari sebagai bahasa ke tiga semasa menuntut di universiti. Cara mempelajarinya adalah mudah kerana ianya telah di roman kan.
Suku kata dalam bahasa Mandarin sangat penting kerana ianya membantu kita memberi sebutan nada (fonatik) yang betul. Sebutan yang sama tetapi mempunyai nada yang berbeza akan memberi maksud yang berbeza. Di dalam post ini, saya akan menperkatakan tentang Fonem Awal.
Fonem awal merupakan Konsonan awal di dalam suku kata. Di bawah adalah konsonan di dalam bahasa Cina.
bo ==> disebut seperti po
de ==> disebut seperti te
ge ==> disebut seperti ke
ji ==> disebut seperti gi
zh ==> disebut seperti ch
zi ==> disebut seperti ze
po ==> disebut seperti pho
te ==> disebut seperti the
ke ==> disebut seperti keh
q ==> disebut seperti chi
chi ==> disebut seperti cherk
ci ==> disebut seperti ce
mo ==> disebut seperti mo (tidak berubah/berbeza)
ne ==> disebut seperti ne (tidak berubah/berbeza)
le ==> disebut seperti le (tidak berubah/berbeza)
fo ==> disebut seperti fo (tidak berubah/berbeza)
xi ==> disebut seperti ci
sh ==> disebut seperti sher
si ==> disebut seperti se
ri ==> disebut seperti re
Selamat mencuba sebutan-sebutan di atas. Ikuti posting yang seterusnya untuk mempelajari lebih lanjut.
xixie cz sharing... Really glad to learn it well...
ReplyDelete